Wednesday, December 19, 2012

Destinasi #5: Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi, Melaka (Pre-visit)

Event: Family Day Keluarga Bakran 2012
Tempat: Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi, Melaka
Masa: Suatu hari di musim hujan kala bulan Disember

Buat julung-julung kalinya (iye ke?), hari keluarga 'Keluarga Bakran' telah berjaya diadakan sempena.. err, sempena hari keluarga lah kot =). Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan seterusnya memeriahkan acara yang julung-julung kalinya diadakan ini. Semoga segala penat lelah membuahkan kepuasan hati yang tidak terhingga dan berbaloi semua yang datang dari jauh dan sesat-sesat itu.
Pintu depan Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi, Melaka
Hari keluarga ini diadakan di Kuala Linggi, Melaka di suatu tempat bernama Umang-umang Chalet.  (takmau cerita panjang, sila lihat: http://umangumangchalet.blogspot.com/ )

Keluarga Bakran 2012: Antara anak-anak, cucu-cucu, dan cicit-cicit yang hadir (Sila kira sendiri)

Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi, event ini boleh-lah dikatakan berjalan dengan jayanya. Hujan lebat pada hari jumaat, panas terik pada hari sabtu, perjalanan yang jauh dari orang-orang oversea, jalan yang berliku, signboard yang tidak banyak membantu, semua ditempuhi dengan sabar oleh semua yang hadir. Syabas dan tahniah diucapkan.

Exora pun boleh bertukar menjadi 4-Wheel
Pemandangan pantai yang jauh dari hiruk-pikuk kota

Suasana aman damai sebelum diserbu geng 606
Apabila geng 606 masuk laut, inilah jadinya.
Nama ganas, tapi penyayang. Inilah geng 606 semasa menjalankan kelas berenang bagi kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah
Yang tak masuk laut, main buai sajalah
Dinghy geng 606 pun masuk laut ready utk mengkucar-kacirkan selat Melaka
Cari makhluk tersembunyi didalam gambar ini
Geng 606 dari seberang
Dinghy siap sedia menjalankan tugas!
Haa gambar mahal ni
So lepas aktiviti mandi manda, kita terus ke sukan rakyat. Tapi gambar takdak, tukang kamera sibuk main sukan, so sampai disitu sajala dulu.

Apapun, kita layan sajalah video-video ini yang sempat dirakam oleh jurukamera amateur tidak berbayar kita ini. Gambar dari kamera boleh disediakan upon request ataupun menerusi sistem pertukaran barter.

Video Dinamon Kemprohin

Makhluk-makhluk jelmaan misteri

Kanak-kanak dilarang meniru aksi ini

Cubaan dayungan ke seberang oleh pendayung professional

Yai on Dinghy!!!!

Game teka-teka-apa-entah-nama-dia

Sekian sajalah untuk makluman semua, kepada semua yang hadir, terima kasih, we really enjoy everything, jangan serik ye, mintak maaf atas segala kekurangan, perancangan yang kelam kabut, masalah perjalanan, dan sebagainya. Lain kali kita plan lagi grand punya. Kepada yang tidak hadir, dont worry, insyaAllah akan ada siri-siri lain yang akan menyusul.

Sehingga bertemu lagi dilain kali, Salamm
Jumpa lagi di lain kali Dinghy, TQ

Wednesday, November 21, 2012

PENGUMUMAN: Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan-betinanya

Kalau pari katakan pari
Kalau siput katakan siput
Kalau anda sukakan pari,
Adakah anda suka siput?

Ya sungguh kompleks update di blog ini pada hari yang berbahagia ini untuk difikirkan. Bukan kerana ikan pari itu memang sedap, tetapi ada isu lebih penting untuk dikupas pada hari ini.
Sungguh gagah si ikan pari membelah lautan...
Akhirnya ke kuali juga bertemu belacan
Siapa sangka siput yang keras mempunyai isi yang lembut lemak berkrim... benarlah kata omputih "dont judge a book by its cover"

Ok lah, berbalik ke isu asal.

Maka dengan ini saya mengisytiharkan blog ini akan ditingkatkan menjadi blog tahap international dengan membincangkan masalah-masalah holistik yang menjadi isu dari masa ke masa. Tidak hanya tertumpu kepada kisah kawan-kawan (yelah, bukan diorg baca pun.. cet), sebaliknya akan juga berkisar mengenai agama, bangsa, negara.



Semoga bertemu lagi di lain entry yang lebih mencabar minda.  

Friday, November 2, 2012

Cerpen #3: Penggembala babi, saudagar arak, dan ... (baca: dot dot dot)

Dia duduk, termangu. Menggaru kepalanya yang tidak gatal. Disarungkan kopiahnya lagi. Aneh, sungguh aneh. Baru sebentar tadinya dia berada di pejabatnya, kesejukan. Diperlahankan penghawa dinginnya menggunakan alat kawalan jauh sambil menggoyang-goyangkan kakinya yang dipangku diatas meja. Bingkai gambar yang dihiasi wajah anaknya yang baru berumur setahun setengah itu dirapikan di tengah meja. Comel. Dia melaraskan gambar tersebut, kadang sedikit kekanan, kadang sedikit kekiri, kedepan, kebelakang. Sehingga hatinya puas. Gambar semasa dia memangku anaknya itu diambil semasa mereka bercuti di Armsterdam tempoh hari. Anaknya telah mula petah bersuara, namun entah siapa yang dapat memahami tutur kata anak kecil mulus itu. Alangkah seronoknya jika anaknya itu ada bersamanya ketika ini, di pejabat ini. Sambil dikendong anaknya, akan diajar kepada anaknya itu cara-cara mengurus syarikat. Akan diajar kepada anaknya itu selok belok pengurusan kewangan. Akan diajar kepada anaknya itu kemahiran komunikasinya yang amat dibanggakan itu. Akan ditunjukkan kepada anaknya itu peti simpanan rahsia akan harta-hartanya yang dikumpul selama  berpuluh tahun ini, semuanya terletak di belakang bingkai gambar besar di belakang kerusi CEO empuknya itu. Sungguh!

Tapi itu baru sebentar tadi. Sekarang tidak lagi. Sedar tidak sedar kini dia berada di tengah-tengah kota yang lengang. Ingatan terhadap anaknya sebentar tadi itu pun kini mula samar-samar, seolah-olah hanya dari sisipan kecil kenangan dari masa silamnya yang amat jauh. Diraba kepalanya, membetulkan kopiah yang dipakainya sejak dipejabat tadi. Sejenak kemudian dia mula mendengar gerombolan hiruk pikuk yang amat dasyat. Amat hebat. Seolah terdapat satu keraian dan keramaian di suatu tempat yang jauh di luar kota. Namun dihadapannya tetap hanyalah sebuah kota yang amat lengang, sesekali angin sepoi bertiup menerbangkan helaian surat khabar yang bertaburan diatas jalan yang sunyi itu, sehelai demi sehelai, dan cawan-cawan kertas pun bergolek-golek di atas jalanan. Diperhatikan debu-debu kelabu kemerahan yang berterbangan, terawang-awang sebelum melekap di dinding-dinding bangunan sekelilingnya yang sudahpun amat usang. Dia mendongak keatas, terlihat akannya dua buah menara yang tinggi melangit, juga usang, dan seolah berkarat dimamah usia. Tentunya semasa awal pembinaannya dulu ia pernah berdiri megah, mungkin juga sebagai lambang kebanggaan sesebuah negara kota. "Alangkah sayangnya bangunan sebegini cantik terbiar sebegini. Jika syarikat aku-lah yang menguruskannya, ini tentulah tidak terjadi", hatinya berdetik. Tiba-tiba kekesalan datang dihatinya, ini bukan masanya dia berfikir soal ini!    

Dia (kita gelarkan saja si bapa), mula berjalan, dilangkahkan kakinya yang tadinya lemah, selangkah demi selangkah. Si bapa nekad; apapun terjadi, dia mahu mencari anaknya dahulu. Biarpun bermula di satu kota usang entah dimana, anaknya itu akan tetap dicari! Pergi jahanam dengan keraian dan keramaian di luar kota itu!

Dia terus berjalan, sehingga dia terhenti di suatu lorong tinggal yang gelap, dipenuhi sampah kotor, busuk dan meloyakan entah bertahun, berzaman tidak berkutip. Dia melihat susuk tubuh seorang kanak-kanak kecil sedang menggunakan kayu kecil, menguis-nguis sesuatu di atas laluan lorong tersebut. Dia merapati anak kecil itu dan diamati gerak lakunya dengan lebih jelas. Rupanya anak kecil itu sedang menguis-nguis tahinya sendiri. Begitu bersungguh si anak kecil itu sehingga tidak menyedari akan kehadiran si bapa yang sudah benar-benar dibelakangnya. Entah apa yang dicari atau yang bermain difikiran anak kecil yang mungkin tidak mengetahui apa-apa itu.

"Hey, anak kecil!" sapanya. Anak kecil itu terkejut sambil berpaling kebelakang, hampir terlompat nyaris sahaja memijak tahinya sendiri yang dimainkan sedari tadi. Kayu kecil ditangannya terlepas, dengan terkulat-kulat dia kemudiannya menyapu tangannya itu pada baju di tubuhnya yang compang-camping dan amat lusuh itu. Serta merta anak kecil itu mendakap tangan si bapa dengan kuat, seolah tidak mahu dilepaskan. Seolah meminta agar dibawa oleh si bapa kemana sahaja, asalkan bukan lagi di lorong itu. Si bapa tergamam diperlakukan demikian oleh anak kecil itu, dengan tangan halus yang bermain najis pula, ingin dimarahi; namun naluri kebapaannya yang sedari tadi membara serta merta melunturkan amarahnya itu.

"Apa kamu buat disini? Dimana ibu dan bapamu?", tanyanya lembut kepada anak kecil itu. Anak kecil itu tidak menjawab, hanya pandangan sepasang mata redup yang berkaca dibalas oleh anak kecil itu. Pandangan yang menusuk jiwanya, penuh bermakna. Si bapa mengangguk, memahaminya, lantas dia meneruskan perjalanan, di jalan yang penuh berdebu, ditemani bulan siang, berpimpinan tangan bersama-sama si anak kecil.

Dan mereka pun sampai kesebuah persimpangan. Dari jauh dia melihat debu-debu berterbangan dengan amat rancak, seolah ada sesuatu yang besar, ramai, meriah penuh hiruk pikuk menuju kearah mereka. Mereka berdua berhenti bagi membenarkan sesuatu itu melalui mereka terlebih dahulu, barangkali, mungkin, jika ianya sebuah kenderaan, bolehlah mereka menumpangnya.

Sangkaannya meleset. Semakin hampir hiruk-pikuk itu kepada mereka, semakin jelaslah dipandangan matanya, akan seorang penggembala babi, sedang membawa babi-babinya entah menuju kemana. Penggembala itu kelihatan tergesa-gesa, beberapa ekor babi yang terlepas dari kawanannya juga tidak dihiraukan, yang penting dirinya dan babi-babinya yang lain itu berjaya sampai ke satu tempat tujuan. Hampir saja kawanan babi itu mencecah ribuan, mungkin juga jutaan, penggembala itu juga sudahpun tidak peduli, dia sudah lama berhenti mengira. Dahulu dikiranya satu persatu, berapa jantannya, berapa betinanya, berapa hitamnya, berapa putihnya, berapa induknya, berapa anaknya. Dia juga sudah mengira-ngira keuntungan sekiranya babi-babinya nanti dijual ke pasaran seluruh dunia, berapakah harga pasaran antarabangsanya, berapa keuntungan untuknya, berapa keuntungan kroninya, berapa cukainya, berapa perlu disuap kepada penduduk sekitar tanah gembalanya agar mereka menutup mulut. Lengkap kiraannya satu persatu.

Tapi itu dahulu. Semasa babi-babi itu digembalai orang bersongkok. Kini apabila dia, dengan kopiah putihnya, mengambil alih tugasan penggembalaannya, dia sudah lupa itu semua. Dia tidak lagi perlu mengira babi-babinya. Beranak pinak babi-babi itu, dijual kemana babi-babi itu, sudah dia tidak peduli. Yang penting gembala bersongkok itu sudah dikalahkannya. Apa yang dahulunya haram padanya sudah menjadi halal, ya, barangkali juga babi-babi itu kini sudah disembelih terlebih dahulu oleh tukang-tukang berkopiah juga. Bagi memastikan yang telah dia halalkan itu lebih halal lagi, dibacakan lagi 'basmallah' semasa penyembelihannya - atas nama tuhan, tuhannya yang kini sudah sama dengan tuhan mereka. Atas nama yang sama itu juga, bukan?

"Wahai si Gembala, mahu kemana kamu bersama babi-babimu ini?" tanya si bapa kepada si gembala.

"Kami mahu menyahut seruan!" balas si gembala tergesa-gesa.

"Seruan apa? Seruan kemana?"

"Seruan ke Syurga!", jawab si gembala, tersenyum yakin. Dikibarkan terus panji-panji syurga tuhan, entah tuhan siapa, entah syurga mana, seraya tangannya menuding ke bulan siang itu, lalu menyambung "Menuju ke langit!"

"Kamu bersama babi-babimu ini mahu ke syurga? Mahu ke langit? Apa mungkin babi-babi ini ke syurga?" tanya si bapa kehairanan kepada si gembala, tidak pernah didengar lagi sepanjang hidupnya akan hal sedemikian. Seluruh hidupnya menghambakan diri kepada Pencipta, impian utama kehidupannya juga hanyalah mahu ke syurga. Namun syurganya itu, kini, boleh juga digapai oleh babi-babi si gembala. Babi-babi si gembala yang hanya tahu makan, minum dan tidur. Babi-babi yang hanya tahu....

"Babi-babi syurga!", tiba-tiba anak kecil yang dari tadi memegang tangannya, bersorak gembira. Hanya melambai kepada si gembala yang terus berlalu dengan penuh riang, tatkala si gembala berkopiah itu terus hanyut dalam keriangan dan angannya, membawa babi-babi ke syurga. Si bapa hanya termangu, menggaru-garu lagi kepalanya yang tidak gatal! 

Sesudah berlalu kawanan babi gembala itu, si bapa meneruskan perjalanan. Anak kecil kembali menyepi, tidak lagi mengucapkan barang sepatah kata susudah sorakannya kepada Si Gembala tadi. Mereka berjalan beriringan, berpimpin tangan. Mereka berjalan sehingga mereka tiba di suatu persimpangan yang lain pula, hampir kelihatan sama seperti persimpangan tadi, namun ada sesuatu yang berbeza. Di persimpangan itu ada sebuah pedati dan seekor keldai dengan tuannya entah dimana. Pedati yang sarat dipenuhi barangan yang bertutup rapi dengan kanvas itu diikat dibelakang si keldai yang begitu kecil dan kurus. Sungguh tidak padan. Si bapa menghampiri pedati itu untuk melihat kandungannya. Keldai itu mengipas-ngipaskan telinganya tatkala dihampiri, menundukkan kepalanya, dan tiba-tiba mengangkat sebelah kaki belakangnya dan terus menendang pedati dibelakangnya itu!

Serta merta kanvas itu terkuak, keluar seorang saudagar yang tadinya sedang tidur dengan enak di dalam pedati miliknya itu. Saudagar itu lantas terbangun, sambil si bapa terpinga-pinga kehairanan. Beberapa botol-botol arak bergelimpangan jatuh dari pedati dan genggaman si saudagar tadi, namun kesemuanya masih bertutup rapi. Tidak setitis pun arak dari pedatinya itu diminumnya, melainkan hanya dibawanya didalam pedati itu, entah hendak menuju kemana. Si saudagar bingkas bangun keluar dari pedatinya, memperkemaskan pakaiannya, disisir rambutnya, lalu kopiahnya disarung di atas kepalanya seraya terus menaiki keldainya dan mahu berlalu pergi.

"Wahai Tuan saudagar, tunggu!", jerit si bapa. Saudagar berkopiah itu berpaling kepadanya.

"Beginilah saudara, terima kasih kerana mengejutkan aku. Tetapi aku harus pergi, aku sudah terlambat", balas saudagar itu.

"Mahu kemana kamu bersama arak-arakmu ini?", tanya si bapa kepada si saudagar.

"Kami mahu menyahut seruan!", balas si saudagar.   

"Seruan apa? Seruan kemana?"

"Seruan ke Syurga!", jawab si saudagar, yakin, sebelum terus berlalu pergi meninggalkan si bapa yang masih lagi terpinga kehairanan. Tentunya saudagar itu juga sama seperti si gembala tadi, tiada tujuan lain melainkan mahu ke langit, menuju syurga!

Sebetulnya saudagar arak itu juga mahu ke bahtera yang sama bersama si gembala babi. Bahtera penyelamat agung. Bahtera yang di-manifesto-kan mampu terbang ke langit dalam sekelip mata, hasil bantuan dan kajian teknologi tercanggih ribuan tahun dari zaman Nabi Sulaiman. Saudagar itu mahu ke Syurga bersama arak-araknya, mungkin kerana bimbang sungai arak yang mengalir di syurga akan kehabisan alirannya. Dahulu lagi dia begitu mengimpikan saat ini, sejak jawatan saudagar ini diambil dari saudagar bersongkok. Saudagar bersongkok membawa pedati arak yang berisi arak-arak yang haram, hina dan merosakkan masyarakat. Dia pernah bersumpah akan memusnahkan, merobohkan, menghancurkan pedati bawaan saudagar bersongkok itu yang begitu dibencinya. Arak di pedati bawaan saudagar bersongkok telah merusak remaja-remaja, orang-orang tua, lelaki dan wanita,  yang bukan sahaja dipaksa menjual arak-arak itu di tepian jalan, malah di pasar-pasar terbuka. Akibat dari lambakan arak di pedati saudagar bersongkok itu lah, ahli-ahli keluarga dalam masyarakat mengalami penderaan, para-para isteri dan wanita diceraikan, digadaikan, dilacurkan, anak-anak diabaikan, jiran-jiran bermusuh-musuhan, anak-anak muda dengan banyaknya berpeleseran, bayi-bayi tidak bersalah terbuang di serata ceruk kota; di tong sampah, sungai-sungai, malah di surau-surau yang usang - lama tidak berpengunjung. Semuanya kerana arak jahanam dari pedati bawaan saudagar bersongkok itu!

Tetapi itu pedati arak bawaan saudagar bersongkok. Kini pedati arak itu bertukar tuan. Tuannya kini, tentulah saudagar berkopiah tadi. Setelah saudagar bersongkok itu dikalahkan, sebagaimana diriwayatkan oleh orang kebanyakan yang menyaksikan kejadian itu, telah terjadinya mukjizat agung, yang antara lainnya meriwayatkan 'sa-usai di sarong-kan kopiahnya itu, terpan-charlah sinaran, yang amat terang bendherang - menerangi sa-genap pelosok a'lam, chahaya-nya menyilaukan 'ufuk timur ke 'ufuk barat. Terchengang-chengang-lah saudagar bersongkhok tatkala itu, sa-hingga rebah badannya ka- tanah. Tanah bhumi serta-merta terbuka, bak mulot gargasi yang besar, bahang panas-nya api neraka terasa dari mulot bhumi itu, dan lantas ma-nelan saudagar bersongkhok itu. Itu-lah tanda lahirnya imam agung yang ditunggu selama ini!'. Bangga-lah saudagar berkopiah itu akan mukjizat yang telah dianugerahkan kepadanya. Atas mukjizat itulah, serta merta arak di dalam pedati itu, berubah menjadi halal tatkala saudagar itu menyentuh pedati penuh sarat itu. Dibawanya pedati itu dengan keldainya, menuju ke tepian jalan yang sama, pasar-pasar terbuka yang sama. Cuma bezanya kini arak yang dibawanya itu halal. Dijual dan dilambakkan arak-araknya, kepada remaja-remaja, orang dewasa, orang-orang tua, lelaki dan wanita. Penderaan, pelacuran, penceraian, pengabaian, permusuhan, pemeleseran, pembuangan bayi bermula lagi. Tetapi itu bukan dari araknya. Sudah tentulah itu dari kesan arak-arak tinggalan saudagar bersongkok sejak bertahun-tahun dahulu. Bukankah arak-nya sudah halal?        

"Arak-arak syurga!", tiba-tiba si anak kecil bersorak gembira sambil melambai saudagar arak, yang telah pun jauh, melayani khayalannya, sehingga tidak lagi kelihatan di mata mereka. Si bapa menggeleng-geleng kepalanya.

Mereka meneruskan perjalanan lagi, menyelusuri persimpangan-persimpangan lainnya. Di setiap persimpangan itu tetap saja mereka menemui manusia-manusia berkopiah. Antaranya ada Si pencinta yang membawa segerombolan wanita-wanita Kabaret dari kelab-kelab malam, mungkin bagi menggantikan bidadari-bidadari syurga yang kini sudahpun amat tua dengan usia jutaan tahun. Ada Si Pendamba yang membawa segerombolan tukang-tukang urut, mungkin bagi melayani para-para malaikat yang telah penat, berjuta tahun berkhidmat tanpa penat. Dan ada pula Si Peramal yang membawa pedati berisi kotak-kotak nombor ramalan, mungkin bagi penghuni syurga yang mempunyai harta yang tidak putus-putus, membelanjakannya bagi menghiburkan diri.

Dan setiap kali itu jugalah, si kecil bersorak riang, meraikan para penuju syurga tuhan, “Wanita-wanita Kabaret syurga!”, “Tukang-tukang urut syurga!”, “Kotak-kotak judi syurga!”. Sehinggalah sampai di suatu persimpangan, anak kecil itu melepaskan tangan si bapa. Dia kemudiannya melepaskan tahinya di persimpangan itu, dan mula memainkannya lagi dengan jari-jemarinya mulusnya. Si bapa cuba menghalang, namun si anak kecil tidak lagi mempedulikannya. Digaulkan tahi-tahinya itu dengan pepasir, membentuk babi-babi, arak-arak, wanita-wanita Kabaret, tukang-tukang urut, kotak-kotak judi; dan terus menari mengelilingi tahi-tahi itu, seolah-olah memuja mereka, “Selamat wahai babi, selamat wahai arak, selamat wahai wanita Kabaret, selamat wahai tukang-tukang urut, selamat wahai kotak-kotak judi!”. Si kecil terus mengulanginya, menjadi sebuah lagu yang mendayu, terus khayal dan asyik, sambil tangannya yang diselaputi tahi itu dihayun-hayunkan ke langit. Si anak dalam keasyikannya itu, lama kelamaan berjalan semakin jauh, menuju kembali ke kota usang, barangkali kembali ke lorong kotor tempat asalnya. Akan dia bergomol dengan tahi sekali lagi, tidak tahu apa-apa, melainkan mengulangi lagu-lagu mendayu yang dia sendiri tidak tahu!

Si bapa terduduk. Dia keseorangan lagi. Terjelepuk dia di persimpangan itu. Satu demi satu bayang wajah-wajah gembala, saudagar, pencinta, pendamba, peramal, dan lain-lainnya bermain-main difikirannya. Bukan dia tidak mengenali mereka semua. Mereka semua itu bukan orang lain juga, sahabatnya, sejak dia kecil lagi, yang mana dahulu mereka pernah bersama-sama, atas nama persaudaraan, berhimpun memberontak di hadapan majistret sekular. Berarak di tengah jalan mempertahankan akidah anak-anak muda yang kian songsang. Membawa pelbagai sepanduk, mengibarkan panji-panji suci, dalam kebangkitan yang hebat tidak pernah dia rasai seluruh hidupnya. Pernah dia berkampung dihadapan rumah tuhan yang bakal dihancurkan pemaju bersongkok. Atas nama perjuangan yang samalah mereka bangkit menentang babi-babi si gembala bersongkok. Bangkit menentang pedati-pedati arak haram si saudagar. Bangkit menentang wanita-wanita Kabaret, tukang-tukang urut, dan kotak-kotak judi.  

Tetapi itu dulu. Kini sahabat-sahabatnya juga sudah tidak mengenalinya lagi. Anak-anak muda kini juga, seperti anak kecil tadi, sudah tidak lagi mengerti erti sebenar perjuangan. Perjuangan di jalan Tuhan. Yang mereka mahu, tetap juga menggomoli najis-najis, mengulang-ulang momokan manifesto bisu dan sesat ditanamkan sedalam-dalamnya di dalam benak fikiran dengan kebencian dan kebobrokan manusia yang bermulut manis. ‘Pergi jahanam-lah dengan gerombolan bersongkok itu, apa yang mereka tahu melainkan songkok, keris, dan sampin? Memang itulah perjuangan mereka. Yang kamu, gerombolan berkopiah, perjuangan kamu seharusnya lebih suci, membawa nama tuhan, membawa hukum tuhan, membawa kata-kata tuhan; bukan itukah perjuangan kamu?’

Perlahan-lahan si bapa bangkit. Segalanya sudah jelas kini. Di sapu kepalanya, lalu di cabut kopiahnya. Di lipat kopiahnya kemas-kemas, disisipkan ke dalam sakunya yang makin dipenuhi habuk. “Bukan bahtera kali ini, bukan bahtera tahun ini”, hatinya berbisik. Dia akan menaiki bahtera di lain kali, dimana tiada babi, tiada arak, tiada wanita-wanita Kabaret, tiada tukang-tukang urut, dan tiada kotak-kotak judi.
 
Dan kakinya terus melangkah.

Thursday, October 18, 2012

Destinasi #4: Stadium Bukit Jalil

"Apa ada pada Stadium?"
Stadium Bukit Jalil dari Udara - Ehsan Google

Ah, barangkali itulah soalan yang keluar tatkala kawan melihat tajuk enty kita pada kali ini. Ya, apakah yang ada di stadium? Tidak lain tidak bukan, tentulah - PERLAWANAN BOLA SEPAK! 
Gambar dari dalam pula, juga ehsan En Google
Ahah, ya sebenarnya bukan sukan bola sepak sahaja yang dimainkan di Stadium Bukit Jalil ini, malah termasuk juga olahraga dan lain-lain sukan. Tapi saya malas mahu ulas sebab saya tahu kawan tidak minat sukan-sukan lain tersebut.

Kebanyakan rakyat Malaysia memang meminati sukan bola sepak. Tidak semua, tapi kebanyakan. Saya pun secara peribadi tidaklah begitu melampau dalam meminati sukan bola sepak, sama sahaja bagi saya samada sukan bola sepak, bola keranjang, futsal, atau bola tampar. Sekadar mengeluarkan peluh-peluh yang terkumpul dibawah aircond semasa dipejabat sepanjang minggu. Mungkin sukan-sukan yang lebih mendatangkan kepuasan hati lebih saya minati, seperti sukan snorkling, sukan camping, sukan BBQ-ing, sukan rendaming-di-air-laut, dan sebagainya, ah-itu kita sambung lain kali. 

Apapun, kali ini entry ini akan berkisar mengenai pengalaman saya menonton secara LIVE perlawanan bola sepak antara yang paling berprestij pernah diadakan di Stadium Bukit Jalil, Harimau Malaya VS Liverpool !! Ha, amcam, bunyinya saja sudah tentu menaikkan segala macam bulu kawan sekalian bukan? itu baru bunyinya, belum bunyi GOALLL~ di stadium itu yang sukar saya gambarkan. Ya entry inipun sebenarnya sudah ketinggalan zaman, perlawanan itu diadakan pada tahun lepas, 2011, bulan Julai jika tidak silap. Sudah lebih setahun setengah perlawanan itu berlangsung namun kehangatannya masih dirasai sehingga kini. Hebat bukan? Ye lah, sebenarnya itulah kali terakhir saya menonton perlawanan bola sepak di stadium, sebab itulah saya masih mengingatinya hingga kini.  
Dasyat bukan?

Saya tidak perlu mengulas panjang mengenai keputusan perlawanan itu, itu sudah dilakukan oleh ramai pihak sejak lebih setahun lepas. Perlawanan berkeputusan, Malaysia tewas 3-6 di tangan (atau kaki) Liverpool.

Yang ingin dikongsi disini adalah suasana sepanjang perlawanan di Stadium Bukit Jalil itu. Bukan apa, saya ada menjemput kawan-kawan untuk bersama-sama menonton perlawanan ini, tiket pun sudah dibelikan, tapi apakan daya, kawan tersebut eksyen (nama saja peminat liverpool, tapi hampeh), maka saya pun tidaklah dapat berbuat apa-apa melainkan menyertai group abang saya pula dan kami sama-sama menonton perlawanan itu.


Perlawanan tersebut berlangsung pada hari Sabtu, hari cuti. Kami bertolak pada jam lebih kurang 3.30ptg, agak awal bagi perlawanan yang dijangka bermula jam 6 ptg. Tapi dengan tujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku, digagahi juga kaki yang melangkah dan tayar yang bergolek demi memastikan masa tidak terbuang dengan sia-sia diatas jalan raya. 


Kereta peminat liverpool, obviously. 

Langsung tiada semangat patriotik! Phew

Menjemput seorang lagi peminat Liverpool ditengah perjalanan

Wow! Rupanya jam telah berlaku lebih awal!

Sempat keluar kereta dan mengambil gambar dari atas bumbung

Sampai di stadium

Jejaka jejaka cuba mengusya awek2 peminat liverpool

Bergerak ke kaunter tiket. Ya perhatikan langsung tiada baju kuning hitam disitu. Memang hampeh

"Ingat kami masuk haram ka? Kami bayar la tiket ni!!"

Boleh kira titik-titik kuning. Hehe

Nyanyian lagu Negaraku dan pemeriksaan barisan

Dan sedia ambil port dengan geng-geng kuning, agar nampak patriotik sikit

Bukan lagi berbaju merah. Sanggup memakai saja baju pagoda

Sesi rehat-rehat main passing-passing bola

Sesi mencari ilham, p/s: dah pakai baju merah balik

Gulung jangan tak gulung, kami tidak suka karpet yang tidak patriotik. Kami suka kerusi kuning dikekalkan supaya nampak patriotik

Taktau la team mana ni, pakai baju hitam, dia ingat kami taktau la dia team apa, cis dasar pasukan simpanan! 

Woo, lautan merah menyanyi lagu pasukan Liverpool (kalau gambar ini boleh bersuara tentu anda semua gerun, sebab sepatah haram saya tak paham apa diorg nyanyi)

Ambil gambar sebelum sepak mula


Bila nak start ni?

"Keluar oi, keluar kau Liverpool kalau kau berani!" begitulah bisikan kecil hati seorang  peminat pasukan hitam tadi

"Ok la, Ok la, kami keluar la ni" kata Steven Gerrard sambil tersipu-sipu membawa kawan-kawannya keluar untuk...

..mengelilingi padang selama...

..beberapa pusingan bagi...

...membuang masa kami

YEAHHH!!! semua menjerit kesukaan dengan terbuangnya masa tersebut

OK, cepat mula, please please please

Sepak, sepak, sepak saja bola ituuuuu~
Jaringan hebat Kapten Malaysia Safiq Rahim yang kami berjaya rakamkan
Gol Buat Malaysia namun tetap bendera Liverpool dikibarkan


Cubaan tidak beberapa bahaya yang dapat dirakamkan oleh kamera 8MP kami



.. dan game pun habis, keluar lambat sikit nak elak jem

Stadium pun dah nak kosong..

berjumpa peminat harimau Malaya lepas abis game
harimau liverpool.. (eh, kat liverpool ada harimau ka?)


Ok dah jalan keluar stadium, peminat sejati kena la tunggu bas keluar kan?

.. Ha, itu dia sudah mari, sudah mari...

Bas Harimau Malaya disambut oleh si baju merah

Ha nampak tu Safiq Rahim dengan Safee Sali lambai-lambai kitorang kat tingkap belakang?

Liverpool lagi rilek, jalan kaki ke... (tapi lepas semua orang pegi salam2 diorg, bau tau rupanya ni penonton jugak hehe)

Ok ni bas Liverpool betul yang bwk pemain

Ha nampak? nampak? nampak Steven Gerrard situ? Andy Carol duduk sebelah dia

ni bas penaja, sibuk je, orang lain tak lambai2 pun dia sibuk sambai-lambai kat orang haha


Maka sekian sajalah catatan pengalaman menonton perlawanan bola sepak yang menarik ini. Apa yang dapat disimpulkan disini adalah, kesian kawan kita tu tak dapat pergi.. hehehe