Saturday, January 4, 2014

Kalimah Allah


Kalimah Allah.
Sibuk sana sini dicanang isu yang sungguh 'rumit' ini. Aneh. Ini sudah zaman apa? aku mengira kita semua makin kembali ke zaman kegelapan. Meninggalkan zaman orang berfikir dengan rasional otak. Lalu logik akal sudah tidak berguna lagi. Dipersetankan semua ilmu yang kini sepatutnya dihujung jari.
Tengok dengan akal, fikir dengan rasional, bukan dengan emosi membuta tuli; sebenarnya ini masalah apa? 

Masalah terjemahan! Kristian menterjemah God (English) sebagai Allah (Arab) dalam terbitan bahasa Melayu; sebagaimana penterjemahan God (english) sebagai Kyrios (Greek), Dominus (Latin), Dios (Spanish), Deu (French), Got (German). Kinorohingan, Bunsu, Petara pun menjadi terjemahan kepada God (English) itu supaya lebih mudah diterima, walaupun entiti berkenaan mempunyai sifat ketuhananan jauh berbeza. Maka mana-mana yang disebut itu merujuk kepada istilah God juga, iya, God yang God!

Tiada kait mengait dengan akidah Kristian di Malaysia, hanya terjemahan. Orang Islam tak perlu melatah untuk menegur akidah Kristian untuk merujuk Allah (God) hanya apabila merujuk Tuhan Bapa. Bagi orang Kristian, Allah (God) tidak kira merujuk tuhan yang mana, semuanya sama. God is One, in One there is Three,  In Trinity, in unity - terjemah - Allah itu Satu, dalam satu ada tiga, dalam Triniti, dalam Uniti. Bukan mereka merujuk Allah itu Tuhan Bapa dalam Trinity, jangan salah faham dan jangan memandai -mandai. Allah itu hanya terjemahan kepada God!

Tiada pula berkait mengait dengan akidah Islam di Malaysia. Orang Kristian tak perlu sibuk mempertikaikan mengapa iman dan akidah orang Islam boleh tercabar akibat penterjemahan ini. Orang Islam di Malaysia sudah jelas, dalam syahadahnya hari-hari - God itu diterjemah sebagai Tuhan, dan Allah itu NAMA Tuhannya - (My God is) Tuhan ku adalah Allah, The Only One, no equal to Him, neither He begetteth, nor He was Begotten. I bear witness there is no God except Allah!

Apa beza penggunaan 'Allah' antara Islam dan Kristian  di Malaysia? Satu merujuk 'kata sifat' ketuhanan, dan satu merujuk 'kata nama'. Persamaannya? Keduanya dirujuk dalam satu bahasa, Bahasa Melayu.
Maka selesaikanlah melalui titik persamaan yang sedia ada - Bahasa Melayu. Rujuk Dewan Bahasa Dan Pustaka. Maksud 'GOD' dalam kamus bahasa Melayu - TUHAN. Maksud 'LORD' dalam kamus bahasa Melayu - Ruler, pemerintah, bangsawan, boleh juga Tuhan. 

Oleh yang demikian, sepatutnya masalah selesai disini. Terjemahan tepat 'God' ke Bahasa Melayu adalah 'Tuhan', tanpa prejudis kepada mana-mana agama. Selesai.

Masalahnya timbul bila emosi dan sentimen dibakar. Hujah menjadi dangkal. Benar, Kristian di Borneo sudah guna kalimah Allah berpuluh tahun sebelum merdeka. But what is true may not be the truth. For thousand years people thougth the  earth is flat. Adakah yang tersalah dahulu sudah tidak boleh lagi dibetulkan atas nama agama? Ini sudah kembali ke zaman Dark Age, sebelum Renaissance!! Kamu harus menerima hakikat dengan fakta dan realiti, terjemahan tepat 'God' ke bahasa Melayu adalah 'Tuhan ' - bukankah kita ada DBP untuk dirujuk?

Benar juga, Kristian di Tanah Arab, Mesir, dan seangkatannya sudah menggunakan kalimah Allah selama ribuan tahun. Tetapi begitu juga Yahudi di Tanah Arab dan Arab Pagan (Jahiliyyah) penyembah berhala, mereka juga menggunakan kalimah Allah. Bapa Nabi sendiri bernama Abdullah (Hamba Allah) walhal dia meninggal sebelum kelahiran Nabi yang membawa Islam. Adakah bapa nabi itu Kristian, atau Yahudi? Bapa nabi itu orang Arab! Jadi mengapa mereka menggunakan kalimah Allah? kerana mereka orang Arab yang berbahasa Arab! Sejak bila Kristian di Borneo ini berketurunan Arab? Malah berbahasa Arab? Tidakkah mereka sendiri tertanya kenapa kalimah Allah arab ini digunakan untuk mentafsir God ke dalam Bahasa Melayu? Bukankah ini cubaan mahu meng'arab'kan mereka? Ini lebih dahsyat dari me'melayu'kan borneo!

Benar juga, terjemahan bahasa Indonesia juga menyebut Allah, sudah ratusan tahun! Tetapi fakta dan realitinya, tidak wujud apa yang dikata sebagai Bahasa Indonesia, sebagaimana Bahasa Malaysia tidak wujud, hanya istilah rasmi bagi kegunaan negara. Kalau bahasa Indonesia wujud, sudah tentu ia menjadi antara bahasa paling muda di dunia - kerana Indonesia sendiri hanya terbentuk pada 1945! Yang dikata bahasa Indonesia itu secara saintifiknya adalah Bahasa Melayu, bahasa austronesia yang menjadi Lingua-franca beribu tahun, sejak zaman empayar Sriwijaya (tahun 500 AD)  lagi. Apa kamu kira Empayar Sriwijaya tidak bertuhan, atau empayar Sriwijaya berbahasa arab? Fakta sejarahnya empayar Sriwijaya itu pusat penyebaran agama Hindu dan Buddha! Mana datangnya pula Kalimah Allah dalam bahasa Melayu?!

Kalimah Allah dalam bahasa Melayu datang semasa Islam sampai dari tanah Arab. Maka berduyunlah orang Melayu yang sebelumnya menyembah Tuhan bernama Parabrahman, kembali menyembah Tuhan yang bernama Allah. ALLAH itu Nama tuhannya yang suci. Adakah disebut dalam mana-mana sejarah dunia akan peperangan besar di masa itu antara Islam dengan Hindu-Buddha di Tanah Melayu ini, sedangkan ia merupakan pesat penyebaran, sudah tentulah pusat terkuat Hindu-Buddha?Adakah datang ribuan kapal perang dari Arab membawa tuhan Allah ini untuk ditukar dari tuhan Parabrahman? Tidak ada! Tetapi cuba kau lihat semasa para Crusaders dan Conquistador datang mengembangkan agama Kristian, berapa juta manusia yang terkorban? Berapa puluh bangsa, peradaban, kesultanan, yang lenyap, hilang tanpa kesan seperti Aztec? Tidakkah kau lihat kesannya kepada bangsa Moro di selatan Filipina yang begitu dekat, perjuangan yang tidak pernah selesai? Ia bermula sejak kedatangan Kristian! Berapa ratus ribu orang Melayu terbunuh menentang British, Belanda, orang Iban yang menentang the white rajah, orang Sulu (kesultanan Sulu) yang menentang Conquistador Sepanyol, belum dikira yang dibuang ke merata dunia, di Goa, Afrika Selatan, Suriname? Pernahkah kau mendengar suatu agama yang begitu barbaric, hanya kerana mahu mengajar tuhan itu tiga? Orang Melayu sudah lama tahu, sudah lama meninggalkan ajaran tiga-tuhan ini! Tiga-tuhan orang Melayu dahulu lebih jelas, jelas fungsinya, jelas namanya, satu tuhan Pencipta (Brahma), Tuhan Penjaga (Vishnu), dan Tuhan Pemusnah (Shiva). Tanyalah Parameshvara! Bukankah lebih jelas, tiada siapa yang anak, bapa, semangat (spirit) yang tidak jelas fungsinya, yang kekal hingga kini sebagai 'Supernatural Mystery' selama 2 ribu tahun tanpa penjelasan. 

Jelas dalam Sejarah Melayu, tiada Arab yang datang untuk meng'arab'kan Melayu. Kekal sultannya dengan bertanjak, bersampin, berkeris; tanpa berserban, berjubah dan berSchimitar. Dan Bahasa Melayu itu kekal dengan Melayunya tanpa perlu di'arab'kan. Maka hingga hari ini orang melayu islam masih menggunakan bahasa Melayunya meskipun dalam beragama, masih menggunakan kata 'Syurga, Neraka, Dosa, Pahala, Puasa, Raya'; yang diwarisi semasa agamanya masih Hindu-buddha. Syurga, Neraka, Dosa, Pahala, puasa, raya; tidak terbunyi-pun perkataan-perkataan tersebut didalam Al-quran yang berbahasa Arab, kerana itu adalah bahasa Melayu. Tidak pula orang Melayu-Islam ini sibuk mahu meng'arab'kan 'Syurga (Melayu)' menjadi 'Jannah (Arab)', Neraka menjadi (Nar), Dosa menjadi (Kho-ti'ah), Pahala menjadi ('ajrun), puasa menjadi (saum), raya menjadi ('Eid). 

Tiba-tiba Kristian di Malaysia mahu menterjemah 'God'/'Tuhan' menjadi 'Allah' dalam bahasa Melayu nya pula! Orang Kristian Malaysia ini orang melayu pun tidak, orang arab pun tidak, tetapi bukunya boleh diberi nama arab Al-Kitab (sudahlah perkataan kitab itu disadur dari bahasa arab, ada penambahan Al- dihadapan menunjukkan ia benar-benar bahasa Arab!). Ini bukan hinaan, ini suatu yang perlu difikirkan oleh orang Kristian Malaysia. Saya risau ada agenda sulit untuk meng'arab'kan kamu! Kami orang melayu islam telah selamat dari di'arab'kan - kami masih menggunakan bahasa Melayu, pergi masjid pun pakai baju Melayu, Khutbah pun dalam bahasa Melayu. Tidak perlu aku beritahu siapakah orang Arab sebelum mereka menerima Islam, sehingga Empayar Rome dan Parsi yang gagah dan begitu dekat itu pun tidak mahu menakluk mereka!

Dan untuk orang Melayu-Islam, sudah-sudahlah berkeras dengan yang beragama Kristian.  Apa perlu mengganggu ibadat dan rumah ibadat mereka. Sebetulnya kita perlu simpati, mengapa sampai jadi begini? Mengapa sampai orang Kristian perlu menggunakan terjemahan Arab, bukan terjemahan melayu, untuk mentafsir Tuhan mereka? Tidak jelaskah kepada orang Islam-Melayu, siapakah sebenarnya yang keliru? Dan tidak perlulah diajar kepada mereka untuk hanya menggunakan Allah semasa merujuk Tuhan Bapa. Apa kamu ingat koman sangat-kah agama Kristian ini sehingga Tuhan Bapa nya tidak mempunyai nama? Tentulah Tuhan Bapa mempunyai nama seperti yang disebut dalam Bible. Jika mereka mahu menyebutnya, tentulah bagi Kristian, mengikut Bible itu lebih utama dari mengikut Al-Quran. Kalau mengikut Al-Quran itu lagi utama, baik mereka menganut Islam dan menjadi Muslim. Apa punya orang Islam la ni. Apakah nama Tuhan Bapa itu? Nama sucinya (the divine name is) YHWH, seperti yang tertulis dlm Bible. God of Israel. Ada yang membunyikannya sebagai Yahweh, Yehwah, Jahveh, Jehovah. Cuma orang Kristian kini tidak lagi boleh menyebut namanya dalam doa harian. Tidak lagi ditulis dalam cetakan Bible selepas tahun 2008.  Pope tak bagi. Ikut The Ten Commandment, Thou shall not take God's name in vain. Nama YHWH ini jangan sesekali dipermainkan!

Dan untuk orang yang tetap keras hatinya, untuk yang masih mahu bertanya; "maka apa masalahnya kalau mahu ditukar juga terjemahan God kepada Allah arab, bukan mengganggu Islam Melayu pun, bukan mengganggu akidah pun? Bolehlah kalau begitu??". Jawapanku, yang keliru bahasa itu kamu, bukan aku. Kalau menggunakan bahasa arab boleh menambah keimanan kamu terhadap agama Kristian, gunalah. Gunalah dalam doa harian, dalam ucapan. Tetapi jika mahu melalui proses mahkamah, menterjemah 'God' kepada 'Allah' dalam Bahasa Melayu dengan rasmi, maka aku akan menentang. Ini merosakkan Bahasa Melayu, (dan lagi utamanya bagiku merosakkan nama Allah itu sendiri). Malaysia ini undang-undangnya berprinsipkan Common Law. Kes yang menang automatik dianggap undang-undang, boleh digunakan sebagai hujah untuk kes seterusnya. Kalau Kalimah Allah arab-islam itu pun boleh diterjemah dari God dalam Bible, mengapa tidak perkataan lain seperti Haram, Halal, Nikah, Wasiat, Syariat, Zakat, Haji, Solat, Masjid? Kalimah paling suci pun boleh diterjemah menjadi kalimah dalam Bible, apatah lagi yang lain-lain tadinya? Inilah undang-undang Common Law. Jika ini terjadi, bungkuskan sajalah Mahkamah Syariah, Pusat Zakat, Tabung Haji, Jakim, Jais, dan lain-lain. Hancur institusi Islam, ibadat, zakat, perkahwinan islam. Persijilan halal pun selepas ini perlu diletakkan 'Halal dalam Islam'. Nikah antara agama pun boleh, dalam sijil atas nama Allah juga, bukan? Lihat saja di negara jiran kamu kalau kamu tak percaya, masih buta! Tiada badan lagi yang dapat menghalang atas nama undang-undang. Lebih malang, kemudiannya orang Hindu pula mahu menterjemah God nya menjadi Allah, lalu wujudlah Allah Brahma, Allah Shiva, dan Allah Vishnu. Bukankah sudah ditentukan undang-undang, God itu harus diterjemah kepada Allah? Lalu Hindu pun bagai telah mendapat Syariat, bebas berkahwin dan berhalal-haram. Akhirnya hiduplah anak-anak Umat Islam Melayu ini dimasa hadapan dalam kecelaruan akibat kebodohan dan kebobrokan bapaknya dahulu yang buta undang-undang. Dahulu bapaknya mengutuk datuknya bodoh dan buta undang-undang sehingga tanah airnya dijajah, kini giliran anaknya mengutuk yang sama, sehingga agamanya dipermainkan, itupun jika anaknya masih beragama Islam. Marah, benar-benar marah. Apakah Kristian tidak marah sekiranya sekiranya ada si bangsat yang mewujudkan Yahweh Brahma, Yahweh Shiva, dan Yahweh Vishnu? Itu yang kamu lakukan kepada orang Islam Malaysia!

Penutup:
Aku tidaklah berharap orang Kristian Malaysia dapat menerima bulat-bulat pendapatku ini. Aku hanya manusia biasa yang punya kesilapan, seperti juga kamu. Aku cuma berharap orang Kristian di Malaysia ini, terutama Reverend Lawrence Andrew , mempunyai, jika bukan semua, cukuplah separuh dari common-sense Pope Benedict XVI dalam menilai isu YHWH/Yahweh. Mulailah di Malaysia.
Jika nama Yahweh boleh dihentikan dalam penggunaan harian, dalam doa dan hymn, dan dalam percetakan Bible sejak tahun 2008 (walaupun tertulis dlm Bible sendiri ribuan tahun sebelumnya) atas alasan menghormati nama Tuhan, tidak mahu dicemar, tidak mahu disebut berbeza-beza (yahweh, yehwah, jehvah, jehovah) dan juga atas alasan sensitivity (sebut - offensive) kepada agama Yahudi yang tuhannya juga bernama sama, mengapa tidak nama tuhan orang Islam juga iaitu namanya Allah?
 Apakah orang Islam Malaysia tiada hak mempertahankan kesucian NAMA Tuhannya? Apakah Kristian di Malaysia ini sudah tiada rasa sensitif, mempermainkan NAMA Tuhan orang Islam-Melayu, padahal nama tuhannya sendiri dijaga rapi?
'You shall not take God's NAME in vain' -TheTen Commandment.

Penutup 2 (ditujukan khas kepada Najib, orang lain tidak digalakkan baca):
Politically, PM Najib tidak perlu berkata apa-apa. Najib hanya perlu uphold the law by Court buat masa ini. Jangan terjerat, Najib. Nanti suatu hari kalau ditakdirkan kalimah Allah kalah, kita sama-sama kalah untuk masa itu. Kita muslim, undang-undang asal kita undang-undang Allah. Kalau Kalimah 'Laa 'ilaa ha IllaLAH (Tiada Tuhan Melainkan Allah) itu tidak dapat lagi ditegakkan dengan undang-undang semasa, tidak dapat lagi ditegakkan dengan perjanjian dan perbincangan, kita bersama tegakkanlah, bersama Sultan-sultan kita, dengan darah dan nyawa. Kau akan dapati aku tetap dibelakangmu, insyaAllah, selagi kau masih memimpin apabila masa itu tiba. Sudah tidak lama menurut firasatku. Biar kubertongkat, biar kudung, biar tempang; tetap aku disitu, selagi kalimahmu dan kalimahku sama.
'Laa 'ilaa ha illaLLAH.