Wednesday, September 12, 2012

Destinasi #3 Melaka Bandar Bersejarah

"Rindu rinduan jadi kenang kenangan,
Insan tersayang kini milik orang,
Kasih dan sayang jadi benci dan dendam,
Dimanakah setiamu,
Dimanakah rindumu..

Selamat tinggal sayang, 
Aku mengundur diri..."
Melaka, 1630
Ya, bertemu kembali di destinasi #3 kawan, iaitu Bandar Bersejarah Melaka.
Terngiang-ngiang gurindam kecewa diatas tatkala saya menulis entry ini, mungkin mengenangkan kisah percintaan seorang kawan yang tidak kesampaian. Apakan daya, jika sudah tiada jodoh..(sobs sobs). Tapi tidak apa, mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya. Hidup mesti terus. Sekali kecewa gagal bercinta tidak semestinya gagal selamanya. Mungkin ditakdirkan bertemu orang yang lebih sesuai, orang yang lebih menyayangi kita, siapa tahu. Hidup ini penuh kemungkinan, bukan? Eh, berbalik kepada kawan tersebut, memang dengar khabar dia telah pun berjumpa insan istimewanya. tahniah diucapkan - semoga tiada lagi kamus DOTA dalam hidupmu dan ungkapan "get a life please" tidak lagi kedengaran; biarlah itu juga tinggal sejarah, seperti sejarah robohnya Kota Melaka suatu ketika dulu.

Pintu Gerbang Melaka
Berbalik kepada destinasi pilihan kita kali ini, Melaka Bandar Bersejarah. Jika kawan orang semenanjung, tentunya negeri ini tidak asing lagi dalam senarai lokasi pilihan rombongan sekolah setiap tahun. Sejak dari zaman tadika saya lagi, ada sahaja rombongan sekolah ke Melaka dalam sesuatu tahun. Tetapi biasalah, zaman itu zaman susah. Dengan ancaman komunis dan Jepun ketika itu, makan nasi berulam kicap dan garam, manakan mampu saya menyertai rombongan-rombongan tersebut. heheh! (nampak beno menipunye~). Sebenarnya saya sudah tidak terkira lagi entah keberapa kalinya menyertai rombongan ke Melaka, namun sebagai pencinta haiwan, tempat paling saya nantikan tentulah Zoo Melaka. 
Zoo Melaka antara zoo terbaik di Malaysia
Selain zoo? Tentulah banyak lagi tempat-tempat yang boleh dilawati, seperti gambar-gambar sumbangan En Google dibawah:
1. The Stadhyus

2. Kota A' Famosa

3. Taman Rama-rama dan Reptilia

4. Taman Tema Melaka Wonderland

5. Jonker Street

6. Sungai Melaka

7. Muzium2 (Muzium baba Nyonya, Muzium Kesultanan Melaka, Muzium Kapal Selam, dsb)

Dan banyak lagi tempat menarik boleh dilawati kalau kawan berminat perihal sejarah dan artifak, seperti Perigi Hang Tuah, Perigi Hang Li Po, Masjid Kg Keling, dan sebagainya.

Dan sebelum saya menamatkan entry ini, kita layan dulu cerita-cerita menarik dalam "Kisah Pengembaraan 7 Sahabat Menjelajah Kota Melaka". Yahuu~


 










Itulah sebaiknya. Ahah!

Wednesday, September 5, 2012

Siri Pendidikan #1 - Sains Haiwan_Jenis Ikan Laut Malaysia

"Ikan bawal ada 10 jenis semuanya".

Itulah kata-kata hikmat yang membuatkan saya menulis entry ini untuk kawan. Tidak perlu kawan google susah-susah atau menghubungi abang Long si tauke ikan untuk mengetahui jenis dan harga ikan semasa lagi.

Tanpa membuang masa, ikan, baris, sedia!

 Ikan Alu-Alu
Bawal Putih


Bawal Cermin
Bawal Hitam
Bawal Tambak
Ikan Belanak
Ikan Gerut
Ikan Kerapu Merah
Ikan Gelama

Ikan Kembung

Ikan Terubuk

Ikan Kurau

Ikan Bulus
Ikan Bilis Tembaga
Ikan Cencaru/Tongkol/Jaket
Ikan Ayam
Ikan Jenahak
Ikan Susu
Ikan Kapas
Ikan Kerapu
Ikan Kerisi
Ikan Lidah Pasir
Ketam Bunga

Udang Putih
Udang Harimau
Kerang

Lala

Kepah
Siput Belitong/Sedut

Sekian pelajaran hari ini, harap maklom!