Bertemu lagi di destinasi #1 kawan dalam entry sebelum ini, iaitu Port Dickson. Tentu kawan sudah perasan ada huruf (a) kan? maknanya ini adalah entry re-visit. Ada kawan suggest utk kita tengok-tengokkan resort ni yang gempak katanya (dan ada staff price utk sesiapa yang terlibat sahaja) untuk kita umpil dan cungkil dalam edisi iklan tidak berbayar kali ini. Resort ini tidak lain tidak bukan, Residence Desa Lagoon Resort.
Dikatakan sebuah resort percutian berkonsepkan ciri Mediterranean, ia
terletak di tepian pantai yang menawan, dengan pepasir pantai yang
memutih dan ditemani pohon-pohon kelapa yang melambai-lambai, sayugia
seolah-olah memanggil para pengunjung menikmati dan menyelami keindahan
alam setelah penat berhempas pulas bekerja.... Err, baiklah! saya
mengaku ada sedikit kemelampauan disitu. Saya pun tidak pernah pergi,
kawan yang kata best, saya ambil description dari official website dia
sahaja. Hehe..
Berkonsepkan perumahan banglo seunit-seunit, satu unit mempunyai 3-4 unit bilik yang dikongsi bersama (setiap bilik mempunyai ruang tamu sendiri), menawarkan para pengunjung percutian yang berciri eksklusif dan mewah bak para selebriti Hollywood seperti Tom Cruise, Jennifer Lopez dan Maria Mercedez. Mungkin mereka juga pernah hadir ke sini, siapa tahu bukan?
|
Banglo seunit-seunit |
|
Pandangan banglo dari sisi berbeza |
Lokasinya menarik, hanya beberapa meter selepas bulatan (roundabout) Port Dickson yang menghubungkan highway Seremban-PD. Saya menjangkakan pemanduan sekitar 2-3 minit untuk sampai ke Resort terbabit dari bulatan tersebut. Terdapat beberapa restoran berdekatan jika merasa kelaparan atau jika igin mencuba ikan bakar selat melaka yang tiada tandingan. Baiklah, itu akan dikupas dalam entry-entry yang lain pula ya!
Apapun, kita layan dahulu gambar sekeping dua, sumbangan dari pakar photography kita, Encik Google. Zasss~
|
Pemandangan dari tingkap Desa Lagoon Resort tatkala malam berlabuh. Suasana yang damai, kolam yang tenang kebiruan |
|
Tatkala siang berlabuh pula, perhatikan cahaya mentari pagi yang menyinari tingkap itu bakal membawa kesegaran yang tiada tolok banding jika dibandingkan dengan kicap Tamin. |
Ya, kelihatan agak menarik dan cantik juga resort ini sebenarnya, boleh tahan juga photographer itu mengambil gambar dengan shot, timing, dan lighting yang baik. Mungkin tempat yang sesuai jika kawan mahu menajamkan kembali bakat photographer yang telah lama ditinggalkan itu. Ingin saya jelaskan juga bahawa terdapat kemungkinan bahawa gambar-gambar ini telah diubahsuai dan diedit, oleh yang demikian saya tidak bertanggungjawab sekiranya kawan hadir ke resort ini menjadi kecewa kerena tidak seindah yang ditunjukkan. Langit tidak selalu cerah, kawan.
Baiklah, kita sambung lagi dengan beberapa shot menarik memperlihatkan beberapa kemudahan yang disedian di resort ini. Ini termasuklah kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak, kolam renang berjakuzi, bilik karaoke (untuk ditempah), dan perkhidmatan urutan dan refloksologi (tidak digalakkan bagi kapal-kapal bujang yang belum berlabuh, kelak karam ditenggelami air masin).
|
Perhatikan kebiruan air di swimming pool ini. Anda tidak perlu lagi berenang ke laut! Jika anda bernasib baik dan bertuah, anda akan dapat berenang bersama ikan lumba-lumba dan dugong di dalam swimming pool ini (itu pun jika mereka berenang dan melompat masuk kedalam swimming pool ini kerana terpedaya dengan kebiruan airnya) |
|
Bilik karaoke. Bayaran biasa dikenakan adalah rm150 sejam menurut pengalaman-pengalaman lalu, tetapi disini saya tidak tahu. Saya tidak pernah dan tidak pandai berkaraoke |
|
Perkhidmatan urutan dan refleksologi bagi menenangkan hati dan perasan yang bergelora. mengapakah tempat itu berlubang? Saya tidak mampu berimiginasi lebih tinggi |
|
Kolam renang kanak-kanak bersebelahan dengan kolam renang dewasa. Sewaktu ini kolam renang kanak-kanak itu masih kecil, kalau kita pandai membelanya dengan baik, memberinya cukup makan, dia akan membesar menjadi kolam renang dewasa seperti kedua-ibubapanya juga! |
Begitulah serba sedikit kemudahan yang ada di Residence Desa Lagoon Resort, yang menitik beratkan kepuasan pelanggan dari bujang, berkeluarga, bercerai, dan termasuklah berkeluarga baru semula. Sekarang ini kita perhatikan pula kemudahan didalam bilik-bilik kediaman.
|
Katil Superior |
|
Ruang Tamu Superior |
|
Katil Deluxe |
|
Ruang Tamu Deluxe |
Wow, agak menarik disitu bukan? Saya perpendapat resort ini adalah sesuai sekiranya kawan mahu bersuka ria bersama kawan-kawan dan juga bersama keluarga. Dengan kawasan yang luas, bilik yang berkemudahan lengkap, barangkali inilah percutian yang kawan nanti-nantikan selama ini!
Tapi nanti dulu! Tidak lengkap percutian yang indah tanpa aktiviti BBQ bukan? Maka disinilah tempat disediakan set-set BBQ untuk kawan enjoy sesudah berkepenatan berenang samada di laut mahupun di kolam renang.
|
Kawasan BBQ. Tiada kata mampu saya gambarkan hanya titisan air mata mengiringi imiginasi-imiginasi saya yang kian melampau. |
Harganya?
Tanpa staff price tawaran internet mencadangkan harga seperti berikut.
Room Type |
No. of Adult(s) |
Rate (MYR) |
Breakfast |
1 Bedroom Superior |
|
205.00
|
|
2 Bedroom Superior |
|
260.00
|
|
1 Bedroom Deluxe |
|
350.00
|
|
3 Bedroom Superior |
|
350.00
|
|
2 Bedroom Deluxe |
|
385.00
|
|
Optional item |
Extra Bed |
|
55.00
|
|
Jadi apa lagi, teruskan tempahan!
Phew~
No comments:
Post a Comment