Wednesday, February 13, 2013

Calon Isteri (edisi bahasa cacamarba)

Kalau-lah aku boleh memilih,
Senang ceritanya - tentulah aku memilih calon isteri pro-kerajaan.

Agar;
Bila aku bagi rm500, dia tak komplen. Bila tidak bagi pun, dia tak komplen.
Bila aku membeli motor besar sedikit, dia tak komplen. Maintain motor kapcai pun, dia tak komplen.
Bila aku bayar rm2 tgk konsert Psy pakai duit sendiri pun dia tak komplen, pakai duit org lain pun dia tak komplen.
Bila aku ada hutang sikit, dia tak komplen. Hutang mampu bayar kot. Takda hutang, rumah kayu  kereta saga pun, dia tak komplen

Bila nampak jiran lebih kaya sikit, dia tak komplen. Bila nampak jiran lebih miskin, takmau plak dia bandingkan??

Tapi tentulah - walaupun aku tentulah bukan sebaik-baik bakal suami, tapi tidaklah aku mahu mendengar - "hidup 55 tahun dengan awak, satu kebaikan pun tidak pernah saya rasa!"

Ah, itu semua hanya kalau. Kalau aku diberi pilihan.
Kalau kau diberi pilihan, janganlah memilih bakal suami macam aku, kalau kau hanya mahu komplen.
Sekian, ikhlas.

No comments:

Post a Comment