Sunday, February 10, 2013

Selamat Tahun Baru Cina!

Dunia ini hanya sementara. Satu masa nanti, semuanya akan dipulangkan kembali kepada Tuan asalnya. Semuanya hanya pinjaman, badan yang sihat, akan dipulangkan, umur yang panjang, akan dipulangkan, kerja yang bagus pun, juga akan dipulangkan. Yang akan tinggal akhirnya, hanya yang ada-ada sahaja.

Dalam semua pinjaman, aku dipinjamkan juga dengan bangsa Melayu. Lalu menjadilah aku seorang Melayu. Seorang Melayu yang juga hanya ada-ada saja.  Tetaplah aku dalam kemelayuanku, hidup dan matinya nanti, tetaplah jua.

Tapi, Tuan ku lebih mengetahui. Lalu dia meminjamkan aku pula dengan sahabat-sahabat bangsa Cina. Sahabat-sahabat yang semuanya baik-baik, agar aku lebih mengenali dan lebih menghargai kemelayuanku dan kecinaan mereka. Terima kasih Tuan, dan terima kasih sahabat. 

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat. Sahabat2 yang baik.

Xin Nian Kuai Le & Gong Xi Fa Cai  



Assalam Ala Man'ittaba'al Huda!

No comments:

Post a Comment