Port Dickson (PD), Negeri Sembilan
+/- 1 jam dari KL/Bangi
Pusat peranginan/Aktiviti Lasak
Untuk perhatian dan tindakan lanjut kawan; kita mulakan dengan destinasi terkenal ini!
|
Gambar ehsan google |
Kawan kata dah boring pergi PD. Tak mencabar katanya. Kalau dari KL pun sejam lebih je tempoh perjalanan, sepanjang perjalanan lalu highway pula tu. Tak luas permandangan, kata kawan.
Erm, betul jugak tu kawan. Kalau nak kira-kira, taktau berapa kali dah kita pergi PD ni. Kalau kawan kawan, tak pernah pergi PD dengan saya, boleh kire jatuh taraf kawan ni sebanyak 3 tingkat. Semua sekali 17 tingkat perkawanan, jadi kawan bayangkan je la tinggi mana 3 tingkat tu. Kalau kawan pun tidak, dah jadi -3. Begitulah serba sedikit pelajaran kita pada hari ini.
So kat PD ni, tempat yang selalu menjadi kujungan kawan adalah Pantai Teluk Kemang. Pantainya luas, jauh mata memandang (rasanya lah), sampai lah ke Blue Lagoon (lihat peta diatas). Lepas tu ada lighthouse. Saya tak pernah pergi lighthouse tu, tengok kat peta baru nampak. Macam menarik kalau kawan mahu cadangkan ke sana selepas ini, boleh bergambar je pun jadi lah (nak buat apa lagi, ye tak?).
|
Gambar ehsan Google - Rumah Api Tanjung Tuan |
Kat Pantai Teluk Kemang, antara aktiviti yang boleh dilakukan selain mandi-manda, termasuklah menaiki jetski, banana boat, bola tampar pantai, bola sepak pantai, mengusya anak2 gadis remaja kolej2 berdekatan, adik2 kolej nurse, kolej politeknik - ah, ok cukup sampai disitu. Paling best tidak lain tidak bukan adalah membuat BBQ sambil mandi manda. Menarik bukan?
Barangkali kawan masih ingat kisah kita berbarbeque di tepi pantai Teluk Kemang itu. Ketika itu, cuaca mendung, kawan belum sempat pasang api, ada yang sudah terjun masuk dalam itu laut sambil menari-nari. Ini tak boleh jadi, lantas terjadilah peristiwa sukar dilupakan. Sedang kawan mandi, hujan lebat sudah turun. Terciptalah sejarah kawan berBBQ dibawah payung ditepi pantai dikala hujan di bulan November.
|
Gambar ehsan: Tiada kena mengena (Karok teaser) |
Jadi kita sambung dengan destinasi pilihan kita kali ini, iaitu Port Dickson a.k.a PD. Ada kawan cadangkan duduk di hotel/Chalet. Itu lebih sesuailah jika ada family dengan anak-anak kecil yang mahu turut serta. Dengan bantuan En.Google, kelihatan ada beberapa hotel/Chalet pilihan yang kelihatan agak menarik di mata (tak semestinya menarik di poket ye).
|
Tiara beach Resort |
|
Grand Lexis |
|
Legend Water Chalet |
|
Avillion |
Sudah membuat pilihan? Ya, sudah tentu belum. Budget merupakan faktor kritikal disini ye. Kalau plan bermalam, saya cadangkan kawan bertolak selepas kerja pada petang hari jumaat, bermalam (kalau rajin kita buat BBQ!), dan keesokannya kita bermandi manda (sambil BBQ sekali lagi!). Ah melampau pulak rasanya BBQ tu 2 kali. Ok la buat malam sajalah. Siangnya, mandi! Tidak kiralah mandi di pantai ataupun swimming pool, pilihan terletak pada kawan.
|
Gaya renangan biawak, (Cocobay Resort, PD) |
|
Cocobay Resort, PD |
Namun bagi kawan yang mempunyai kulit sensitif, pantai di PD mungkin mempunyai sedikit ketidakselesaan, bergantung kepada keadaan semasa. Silap hari bulan Pantai akan dicemari dengan rumpai2 laut yang akan mnyebabkan kegatalan. Kadang2 seakan ada binatang2 micro (tidak kelihatan dimata) menyebabkan gatal-gatal dan merah-merah di kulit. Kajian peribadi saya mendapati kemungkinan yang amat pelbagai, dimana keadaan ini dipengaruhi oleh perubahan musim hujan-panas, tiupan angin-angin monsoon, musim pembiakan haiwan planktonik dan pembakaan alga, musim penghijrahan ikan salmon di North Sea, dan termasuklah musim penangkapan ikan paus di Laut Pacific oleh kapal2 gergasi dari Jepun.
|
Paus memakan plankton nakal, (sumber: Google) |
Jadi, sekiranya keadaan tidak mengizinkan kita untuk menikmati kesegaran air laut dan keindahan pantai di PD disiang harinya, terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. PD juga terkenal dengan aktiviti lasak-extremenya, seperti go-kart, ATV, motor cross, buggy, paintball, memanah, berkuda, dan lain-lain. Kawan boleh mencuba dipelbagai tempat dan mudah didapati disepanjang jalan antara Bandar Port Dickson ke Blue Lagoon. Pernah sekali kawan dapat pakej, meliputi Go-kart +ATV +Scrambler +Buggy, menerusi pembelian melalui internet.
|
Aktiviti ATV yang sengit oleh kawan first-timer |
|
Kawan diberi safety briefing kaedah-kaedah menyemai benih limau di tepi trek sambil memandu ATV |
|
Bernasib baik fore-Arm ATV tidak patah akibat beban berlebihan |
|
Nampak macam menakutkan, tapi sebenarnya kelihatan cubaan untuk terjun keluar kenderaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini |
|
Bermula sebagai perlumbaan, namun tidak sampai 20m rantai kenderaan didapati putus kesan dari penyelenggaraan kenderaan yang kurang memuaskan. Disini saya ingin berpesan agar sentiasa periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. |
|
"Paikia bai, ini kereta tada bole masuk itu laut punya ayoyo ammapa", begitulah bisik hati seorang Marshal tatkala ada cubaan untuk memandu kenderaannya ke arah laut. (Bang, jalan tu lurus ja bang, nak gi mana?) |
|
Suka diingatkan agar kita semua sama-sama bersikap menghormati tetamu. Pengunjung PD kadangkala bertuah menerima kunjungan makhluk asing (lihat diatas) dimana matanya berada diatas kepala, bermata robot. Motor Scrambler Kuning itu sehingga kini masih dicari, disyaki telah dimodify untuk dibawa terbang ke Planet asal makhluk asing tersebut. |
|
Sesi perlumbaan F1 edisi mini, atau dikenali sebagai Go-Kart bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan permotoran. Perhatikan orang dihadapan memeriksa kenderaan berkali-kali agar tiada kerusi, body, tayar, penutup minyak tertanggal semasa perlumbaan berlangsung. Sukacita diingatkan bahawa kemalangan kecil seperti pelanggaran dan terbabas adalah senario biasa dalam perlumbaan ini |
|
Juara-juara Perlumbaan Kelab Rekreasi Kepompong |
Maka itulah sedikit sebanyak aktiviti yang boleh dijalankan di Port Dickson, tidak lain tidak bukan hanyalah aktiviti biasa bagi pengunjung-pengunjung yang hadir ke PD. Rombongan dari negara jiran iaitu Singapura juga dapat dilihat dengan agak kerap, menjadikan PD pusat tumpuan bertaraf antarabangsa. Rugi tak pergi!
So kawan, plan jangan tak plan!