Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang
+/-2 jam dari KL
Mandi-manda/Jungle Trekking/Camping
Baiklah abang-abang hensem, adik-adik manis. Destinasi pilihan kedua kita kali ini ialah Air Terjun Chamang. Terletak di Daerah Bentong, Pahang; Chamang tidak dapat disangkal lagi antara air terjun terbaik di Malaysia (dari segi jumlah pengujung, kemudahan - makanan, tandas; access - jalan keluar masuk, kawasan luas; variasi fizikal- dari kawasan cetek, tenang hingga ke kawasan deras, dalam; dan kawasan parking yang boleh dikategorikan memuaskan).
|
Air Terjun Chamang - Lokasi menarik buat penggemar aktiviti pengembaraan alam (gambar ehsan Google) |
|
Lokasi yang mudah dikunjungi (+/- 20 mins dari exit lebuhraya Karak) |
|
Air yang segar dan sejuk di kaki Banjaran Titiwangsa (gambar ehsan - Google) |
Air terjun ini sudah semestinya menjadi pilihan terbaik saya jika ingin mengisi masa hujung minggu di air terjun. Pelbagai kemudahan disediakan disini termasuklah tapak perkhemahan, tempat BBQ (adalah lebih baik jika tempat BBQ dibawa sendiri supaya tidak terebut-rebut dengan pengunjung lain). Ada juga kumpulan-kumpulan yang bermalam disini dengan memasang unggun api, namun tidaklah pernah saya terlibat dalam hal sedemikian kerana kawan-kawan saya semuanya hati air-cond, yang perlu dibelai-belai setiap masa.
|
Jambatan Gantung Air Terjun Chamang (Gambar ehsan - Google) |
Antara yang menarik juga tentunya jambatan gantung (lihat diatas), yang merentangi air terjun ini. Merupakan kawasan ideal bagi aktiviti bergambar (termasuklah gambar pengantin baru kawin - mungkin kerana ada yang bertemu jodoh di Air Terjun ini), dan kawasan ideal untuk menguji siapakan kawan-kawan anda yang berwajah ganas tapi berhati gadis.
|
Kawasan perkhemahan yang menarik |
Sejenak kita layan dahulu beberapa port-port menarik di sepanjang Air terjun ini:
|
Kawasan mandi utama - Dari paras buku lali hingga ke kedalaman lebih 2m di tengah-tengah |
|
Kanak-kanak riang bersuka ria sambil menunjukkan tanda peace, perhatikan si Badang berbaju sleeveless di belakang sekali cuba menahan batu besar dibelakangnya dari bergolek menhempap kawan-kawan (atau dia sedang menggaru badan, atau mungkin juga sedang membuang sesuatu sebesar masalah negara!) |
|
Beberapa batu besar yang sesuai untuk dijaikan lokasi ujibakat kumpulan muzik pop, seperti Westlife dan Backstreet Boys |
|
Perhatikan kejernihan air hingga dasar pasir boleh kelihatan |
|
Sila terbalikkan screen komputer anda untuk melihat gambar tilted ini |
Namun seperti tempat-tempat lain yang
wild seperti Air Terjun ini, sudah tentunya mempunyai bahaya-bahaya yang perlu diambil kira sebelum lawatan dijalankan. Ini kerana terdapat beberapa lokasi dimana air yang sangat deras boleh membentuk pusaran yang membahayakan nyawa pengunjung. Beberapa kes kemalangan melibatkan kematian direkodkan disini pada setiap tahun, oleh itu pengunjung adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berfikir dua-tiga kali sebelum melakukan apa-apa aktiviti.
|
Signboard lama |
Dan sudah tentunya, dimana-mana air terjun pun, pengunjung tidak digalakkan untuk berkunjung semasa musim hujan, kerana dikhuatiri arus akan menjadi terlalu deras. Semasa musim hujan juga, seringkali pintu empangan dibuka menyebabkan air tidak ditahan dan dilepaskan.
|
"Jika pintu empangan sudah dibuka, manakan dapat ditahan airnya" - Hikayat Merong Mahawangsa |
Air deras Chamang;
|
Air bertukar kekuningan dengan pertambahan halaju dan isipadu, memungkinkan pemendapan batuan konglomerat dan bahan-bahan nadir lain yang berupaya memusnahkan/mengurangkan keporosan sedimentasi apabila ia terlithified dan menyebabkan kurangnya keberhasilan reservoir. |
|
Insan kesedihan (1) kunjungannya tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan |
|
Insan kesedihan (2) konon-konon sedih sebenarnya dia memang takut air |
|
Wajah-wajah sugul kumpulan Insan kesedihan cuba mencari makna perjalanan mereka pada hari itu yang seolah-olah hilang erti, lenyap ditenggelami dan dihanyutkan arus deras si Chamang jahat |
|
Kolam kecil ini menjadi saksi cubaan insan-insan cuba memberenangkan dirinya didalam kolam itu akibat kekecewaan melampau |
|
Nasib baik ada makanan yang mengurangkan kesedihan. Manu hari tersebut - Nasi Lemak ayam goreng, hot dog, bihun, nugget, dan lain-lain. |
|
Air yang disangka deras jangan disangka buaya ada didalamnya. buaya pun boleh tergolek jika deras begini |
|
Hatinya yang dikejauhan. Apakah sama air terjun Kionsom sama air terjun Chamang. Ohh... |
Begitulah serba serbi, sedikit sebanyak, mengenai Air Terjun Chamang. Pendek kata, rugi tak pernah pergi, tak rugi kalau pergi lagi sekali.
Plan, jangan tak plan!
No comments:
Post a Comment