Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti

Belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada kawan. Selamat bercuti kepada yang masih bercuti (macam saya), dan selamat kembali ke pejabat dengan lebih bersemangat kepada kawan yang dah bercuti lama.
Selamat Hari Raya Encik Kepompong

Kepada kawan yang memandu, sedang, dan akan pulang dari/ke kampung, dinasihatkan agar berhati-hatilah di jalan raya. (Yang tinggal seorg diri dirumah, berhati2 kerana banyak hantu raya berkeliaran di waktu raya ini).

Apapun, dengan cuti yang panjang ini memang wajar untuk kawan menyegarkan minda dan fikiran, merehatkan diri dari beban-beban kerja di pejabat itu. Yang dah ada anak-anak, inilah masa yang sesuai membawa mereka berjalan-jalan. Yang belum kawin, pandai-pandai la mahu bawa siapa. Dimana? Akan dibicarakan seterusnya dalam blog ini!


Kita layan dulu sedas lagu dari Awie, Raya Yang Sempurna

No comments:

Post a Comment